UIT 3012 - TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) PDF Cetak Emel
Pentadbir | Khamis, 29 Januari 2009 03:40

NAMA KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

KOD KURSUS : UIT 3012

JAM KREDIT : 2

JAM KONTAK : 2

 

SINOPSIS

Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan; interaksi antara pelbagai tamadun [Mesopotamia, Mesir, China, India, Islam, Barat]; Tamadun Islam, Tamadun Melayu serta peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia; Islam dalam Tamadun Melayu; Tamadun China sepintas lalu; Tamadun India sepintas lalu; isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia; Globalisasi; dan Islam Hadhari dalam proses pembangunan negara.

OBJEKTIF

  1. Membekalkan pelajar dengan satu pemahaman komprehensif mengenai sejarah, nilai dan aspek utama
  2. Membina satu generasi Malaysia yang berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu ketamadunan dan peradaban.
  3. Memperkukuh jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dengan mengamalkan kehidupan yang bertoleransi dan bertamadun.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mengikuti kursus ini dengan jayanya, pelajar berupaya:

  1. Memahami dan menjelaskan aspek-aspek utama tamadun, tamadun Islam dantamadun Asia.(C2, P2, A2, S1)
  2. Berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu ketamadunan (C4 , P3, A3, S2)
  3. Memahami dan mengaplikasi pengetahuantentang ciri-ciri tamadundalam kehidupan bermasyarakat.[C4, P3, A3, S2)

 


Kemaskini terakhir pada Rabu, 11 Februari 2009 00:43
logo footer   © 2014 Hakcipta Terpelihara. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).