UIU 3012 - AKIDAH DAN AKHLAK PDF Cetak Emel
Pentadbir | Rabu, 14 Januari 2009 03:45

NAMA KURSUS : AKIDAH DAN AKHLAK

KOD KURSUS : UIU 3012

JAM KREDIT : DUA [2]

JAM KONTAK : DUA [2]

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar asas-asas akidah dan akhlak Islam. Penjelasan meliputi pengertian akidah dan akhlak dan kepentingan di dalam kehidupan manusia. Kursus ini membincangkan tentang keadaan dan kedudukan akidah dan akhlak pada zaman Rasul s.a.w. dan Khulafak al Rasyidin. Perbahasan mengenai faktor-faktor kemunculan ilmu akidah dan firaq Islamiah disusun secara lebih sistematik bagi memantapkan lagi kefahaman tentang konsep akidah dan akhlak Islam. Kursus ini turut membincangkan isu-isu berkaitan akidah dan akhlak seperti persoalan kufur, syirik dan gejala sosial .

 

OBJEKTIF KURSUS

  1. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang agama khususnya bidang Usuluddin untuk membolehkan mereka menunaikan tugas bersesuaian dengan tuntutan Islam yang maha suci.
  2. Menjadi seorang cendekiawan yang dedikasi, jujur dan kenal tanggungjawab serta dapat membangunkan masyarakat dan Negara mengikut prinsip-prinsip ajaran Islam yang sebenarberasaskan kepada akidah yang mantap.
  3. Memiliki ilmu dan pengetahuan yang meluas dalam bidang akidah dan pemikiran Islam sekali gus mampu menangani segala kekaburan masyarakat terhadap agama Islam itu sendiri

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti kursus ini dengan jayanya, para pelajar dapat:

1. Menguasai Ilmu dalam bidang Akidah dan Akhlak ( C1,C2,C4,P1,A1,A5)

2. Memupuk kemahiran memimpin dan bekerja dalampasukan. (CS1,CS2,CS3.CS4,TS1,TS2)

3. Menjelaskan isu-isu yang berlaku dalam akidah dan akhlak (CS1,CS2,CS3,CS4)


Kemaskini terakhir pada Rabu, 11 Februari 2009 00:46
logo footer   © 2014 Hakcipta Terpelihara. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).